16 Januari 2015

Kisah kita berakhir di Januari.

Rindu nya nak menaip panjang-panjang. Lama tak update blog ni. Ingat dah tak wujud dah. How fast time flies. Banyak perkara yang dah berubah. Ada benda yang sedih. Ada benda yang gembira. Tengok lah. Tahun pun dah bertukar. Tak sangka kan. Masuk 25 tahun dah. Conclusion nya tahun 2014 tahun yang paling worst bagi aku. Dengan menjawat status penganggur terhormatnya. Setaun jugak lah. Pergh, tak sangka aku dah lalui. 

Tak perlu kot nak flashback jauh-jauh. Aku kesian kat otak aku. Tak nak dia pergi ke masa lepas yang menyakitkan. Aku dah block dan cuba tak kan ke masa yg menyakitkan tu lagi. Kesian kat diri sendiri. Permulaan tahun 2015 pun agak menyedihkan. All its over. Officially. Thanks a lot utk si dia yang sangat kejam dan menyakitkan hati aku. I wish aku tak kan rasa lagi perasaan hancur dan rabak mcm ni. Tapi. Tuhan izin kan aku rasa lagi kesakitan yang wat kan hati aku sakit sangat. Tak tergambar. Cuba dan masih mencuba untuk redha dan lupakan semua nya. Cukup lah. 

Aku cuba muhasabah diri balik. Mungkin balasan aku. Ini bahagian aku. Tak ape lah. Aku hanya manusia biasa. Hak milik Allah yang Maha berkuasa atas mahkluk yang Dia cipta. Siapa aku nak mempertikai takdir yang dah ditetapkan. Aku tak de hak pun. Mungkin aku bukan yang terbaik utk orang mcm dia. Aku tak layak. Dan aku sangat sedar hakikat tu. Jangan berharap lebih-lebih dah. Tak ada satu pun janji manusia yang pasti. Janji Allah tu yang paling pasti. Banyak aku belajar lepas perkara ni jadi. Aku sedar. Dalam dunia yang singkat ni, tak de sesuatu mahkluk pun yang mampu sayang kita mcm Allah sayang kita. Hanya Dia yang tak pernah tinggalkan kita. Biarpun kita selalu lupakan Dia, kita kejam tinggalkan dia diwaktu senang, kita lupa segala nikmat yang pernah Dia bagi. Macam-macam lah. But still, bila kita cari Dia, Dia sentiasa ada. Tak perlulah bergantung pada mahkluk yang tak punya kuasa apa pun keatas sesuatu. Sia-sia. At the end. Everybody left. That's the truth.

Hakikatnya, musibah yang menimpa aku ni terlalu kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku bersedih pun tak kan berguna. Sedangkan orang kat sana tu bergembira jalani hidup dia. Its okay. Alhamdulillah. Cuma aku hanya mampu berdoa semoga Allah tak kan tinggalkan aku walau sesaat pun dari pengawasan Dia. Sejahat-jahat aku pun, aku masih perlukan belas ihsan Dia untuk memimpin aku. Aku cuba untuk tak kan menangisi atas benda yang sama. Cukup sekali menangis sepuas-puas hati, lepas tu stop dan tak payah toleh dah belakang. Sebab sangat menyakitkan hati aku sendiri. Aku kena kuat untuk diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Sedih macam mana pun kat dunia ni tak kan sama dengan kesedihan kat akhirat nanti. Itu lagi seksa. 

Buat masa ni, jujur aku cakap aku masih belum mampu untuk maafkan beberapa orang yang menyakitkan hati aku. Bukan aku sengaja. Tapi perbuatan beberapa orang tu aku tak mampu maafkan tanpa mereka sendiri mintak maaf dengan aku direct. Memang, barang yang lepas tak elok dikenang. Tapi entahlah. Aku bukan malaikat. Aku bukan nabi. Aku manusia biasa. Tak taulah dimasa depan, mungkin sebelum aku mati ke.. aku dapat maafkan mereka. Bantu aku Ya Allah. Aku perlukan kekuatan dan perlindungan dari Mu. Dan aku harap, semua kepedihan, kesedihan, kehancuran, dan ke ke ke lagi lah yang sedih yang berlaku dalam hidup aku selama ni dapat menghapus dosa-dosa yang aku lakukan kat dunia ni. Bialah dibalas kat dunia. Jangan di akhirat nanti. Amin.

Hidup aku. Mati aku. Dunia aku. Akhirat aku. Aku serah sebulatnya pada Allah SWT. Semoga diberi pengakhiran yang baik untuk aku dan semua orang yang aku sayang. Amin Ya Rabbal Alamin.

06 Ogos 2013

Im not beauty queen, Im just beautiful me.

Ramai lelaki yang anggap perempuan ni terlalu complex and susah gila nak difahami. Kadang-kadang mesti korang (dibaca lelaki) sampai give up kan? Well, perempuan sebenarnya tak mintak lebih pun. Just korang kena lah pandai amik hati kami. Sebenarnya benda yang simple pun dah buat hati kami yang perempuan ni berbunga-bunga dah. First step, buat lah kami ni rasa yang kami lah perempuan paling cantik dalam dunia. Tapi jangan lah nampak sangat menipunya. Sebab memang mustahil lah kan. Tapi dengan wat perkara yang aku bakal bentangkan, ceh, bentangkan mcm presentation plak, err. Dengan buat perkara yang aku akan listkan kat bawah ni, dah cukup dah bagi kami.
  • Please, not to compare her with other girls.
Pergh, ini lah perkara yang paaaaling pantang bagi kami orang perempuan. But aku rasa, bukan orang perempuan je yang tak suka dibandingkan dengan orang lain, lelaki sendiri pun tak suka kan dibanding-bandingkan dengan orang lain. Hmpph.. Sedih. Dah kalau korang comparekan kami dengan perempuan lain, pergi la kat perempuan lain tu, yang duk hegeh kat kami wat apa? haa. Marah ni. Marah! Jangan lah nak ngada-ngada cakap "Perempuan tu pandai bergaya kan, nape awak tak mcm tu ek?"  "Pandainya perempuan tu pakai shawl, cun habis. Awak tak suka cam tu ek?" "Ee..comel je perempuan tu, pandai amik hati bf dia kan? Best lah bf dia."
And for sure, perempuan mana yang tak terasa bila orang yang dia sayang banding kan dia dengan orang lain. Memang menitik lah air mata bila dengar. Perempuan tu macam tu lah, perempuan tu macam ni lah. Urghhh. Maybe tak sengaja kan? and tak niat ape pun. Mesti bagi lelaki benda ni remeh sangat sampai kami nak sentap bagai. Benda cam ni lah wat kami rasa down gila tau,. Kalau ye pun  kami ada kelemahan, tak macam yang korang idamkan, tak perlu lah compare, Kalau kami boleh je tak compare korang dengan orang lain, nape korang suka sangat compare kan kami dengan orang lain. Tak suka! Kata terima seadanya. TIPU! In fact, lelaki kene tau, kelemahan yang paling besar bagi perempuan adalah perempuan lain. Apa-apa yang berkaitan dengan perempuan lain, itu lah kelemahan kami. And of course rasa macam looser gila lah bila kene compare!

  • Please, not try to change her.
Kebanyakan lelaki selalunya  tak sedar yang kata-kata dia nampak macam nak suruh kami berubah jadi yang bukan kami. Contoh, "Awak ni comel, tapi kurus sangat lah. Berisi sikit bole kan? Baru lah hot." Fine. Barulah hot ek? Nak yang hot, pergi lah cari yang hot sane? Seksi kan?Mantap. Haih. Lelaki. Dah, nak cari yang hot, yang mantap pergilah. For, sure bukan aku. Blerghh. Pelik kan? Dah kata berkenan dengan kami. Then why choose us? Pastu nak pulak suruh kita berubah. "Awak cuba pakai cam tu" "Awak cuba jadi cam tu" "Awak cuba sweet cam tu". Nak suruh kami berubah sebab nak capai imaginasi korang. Tak adil lah. Perempuan akan rasa diri dia cantik bila pasangan dia terima diri dia seadanya tanpa mengharap dia bertukar jadi orang lain.

  • Please, be supportive.
"Eee, banyak nya jerawat?" "Tu eyebag tu besar sangat nape?" Eee. Jahat lah. Taksuka orang tegur cam tu. Macam teruk sangat je? Kalau orang yang tegur tu perfect sangat tak pe jugak. Ini kita pun terima dia. Legam ke. Serabai ke. Busuk ke. Okay je. Ish. Daripada korang condemn cam tu, better propose solution. Tegur la dengan berhemah. Contoh, "Sayang, nape jerawat naik ni? Kita try cari product nak? Sayang kulit u nanti." See. Totally different okay. Sejuk sikit dengar. Lagi-lagi bukan guna kan "U", tapi " Kita". Means both. Dah namanya pun partner, support la sikit. Bukan wat kami down. Sedih.

Banyak lagi sebenarnya, tapi ni contoh yang paling simple korang boleh buat. Jangan lah nak demand perfect partner sangat. Terimalah kami seadanya. Memang kami bukan miss universe pun, but korang pun bukan prince charming pun! Tak mintak pun puji sangat, just biarkan kami jadi diri kami sendiri dan rasa dihargai. Tu pun dah cukup. Susah ke?

Ada beza.

" You never really stop loving an individual. You just learn how to walk through the rest of your life without that person" :')

*Fuhh..Fuhh* Hembus habuk. Blog ni so bersawang. Lama tak update. Comel kan qoute kat atas tu. Hmmphh. Kita memang tak akan pernah berhenti mencintai seseorang, yang pasti kita cuma mampu belajar untuk teruskan move on life kita tanpa orang tu lagi dalam hidup ni. Tapi cinta tu sendiri pun ramai yang susah nak describe. Bagi aku, suka, sayang dan cinta tu lain. 

Secara ringkasnya, suka itu lebih kepada percakapan and kata-kata kita sendiri. Means that sume yang sweet-sweet tu menunjukan kita suka kat dia. So, kita lebih cenderung kepada bagi kata-kata sweet yang boleh mencairkan apa-apa je yang ada dalam telinga kita ni. erk. Tak kisah, ia berbentuk apa sekali pun. Pujian, ucapan, atau ape je lah yang kita suka dengar and wat kita melting. So, guys kalau ada someone yang tiba-tiba lebih-lebih dalam berkata-kata and more to terlalu nak amik hati, tu maknanya dia suka kat kita lah tu. 

Tapi, berbeza pulak dengan sayang. Ia lebih kepada perbuatan someone itu sendiri.  Perbuatan itu sendiri macam-macam dan bergantung pada individu tu sendiri utk menilai perbuatan seseorang itu bagi menunjukkan sayang nya kat tahap mana. Kalau dia sanggup or willing to put an effort semata-mata untuk wat kita tersenyum dan gembira, tak syak lagi, memang dia sayang pada kita. Tapi tak bermakna dia diam je tak bagi tau yang dia sayang atau bagi ayat-ayat manis kat kita. Dia still bagi, cuma perbuatan dia melebihi kata-kata. For sure, yang kita tau, semua orang senang cakap, tapi bila tiba part utk buat, hmmph. Malas nak cakap. Kadang-kadang orang yang terlalu suka bagi ayat manis and berjanji ni, dia sendiri lupa apa yang dia pernah cakap kat kita. Janji, memang untuk dimungkiri. So, jangan letak dalam hati sangat lah. Kadang-kadang, perbuatan kita tu dah cukup untuk menunjukkan yang kita sayang pada dia walaupun kita tak pernah cakap atau bagi tau. But, ada otak kan? Fikir lah. Mana ada orang yang sanggup buat something yang bermati-matian tanpa sebab. Selalunya, sebab sayang. Lautan api pun sanggup direnang. Apatah lagi sulam buih jadi permaidani. Gittew. Cuma kita, nampak atau tak je. 

Cinta ek. Bagi aku, aku belum lagi sampai ke tahap cinta kan orang. Ntah, sayang tu ye. Cinta tak tau lah. Sebab cinta ni bagi aku dah tahap yang teratas sekali. Dia lebih kepada erm penerimaan kita pada seseorang itu, termasuk lah kekurangan dan kelemahan dia dan still sanggup untuk bersama sampai dengan dia sampai bila-bila. Perasaan tu tak berubah atau dimakan waktu. Tak de dah orang lain. Sampaikan, kat dalam fikiran kita ni siap ada picture masa depan kita utk hidup bersama dengan dia. Senang cite, untuk membuktikan cinta, terus kepada pernikahan. Itu baru cinta. Ada hitam putihnya. Perjanjian sehidup semati sepanjang hayat. And kalau boleh sampai syurga. Tingginya harapan tu. :) Tapi tak mustahil kan? Kalau kita dah nekad untuk berkahwin dengan someone tu, dah tentu lah dia paling kita suka,sayang dan cinta. 

So, nak tau aku cinta sape, kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur dapat bertemu jodoh dan bernikah, that one lah cinta hatiku. No doubts lagi. Weee. :)


01 April 2013

Dear Diary :)

Hai. Ade orang tu sibuk suh aku update. Ni aku dah update. Nampak benau sayang kat aku kan kan kan? Hah, senyum sorang la tu!

Ok. Hari cuti tak banyak aktiviti. Just stay kat rumah layan panggung sabtu. Hari untuk menangis. Hindustan tak pernah gagal wat aku sedey pedeyh. :'(

Ade satu hari tu, aku selongkar beg karung guni aku yang maha besar tu. Khazanah aku dari time diploma sampai la degree aku keluarkan dari perut beg. Last-last aku terjumpa satu buku yang aku cam familiar sangat je. Berhabuk. Tapi still suci dalam debu oke. Its my diary! Kurun keberapa ntah. Dalam taun 2008 kot. Time tu zaman kegelapan. Baru clash katenye. Sume luahan memang tahap DJ Lin lah. Kalah Suria Cinta.

Sambil golek atas katil aku baca la diary tu. Sekejap sengeh-sengeh, kejap terbahak-bahak aku gelak. Serupa baca Ujang. Kelakar sangat lah. Bila bandingkan aku dulu dan aku sekarang. Aku tanya diri aku sendiri, bodohnya la kau ni dulu. Sekarang pun still bodoh jgk. Tapi dulu lg kritikal bodohnya. Hadoi. Boleh dikatakan semua orang yang aku sebut dalam tu semua dah berubah. Gila tak berubah? 6 tahun kot.

Kebanyakannya dah tak de dah. Bukan meninggal. Tapi watak dorang dalam hidup aku dah abis. :) So, no point la dorang masih nak stay. Yang tinggal cuma aku dan watak-watak baru dalam hidup. Yang pasti semuanya hanya persinggahan sementara je. Dorang pun bakal pergi tinggal kan aku. Sentiasa sedia. :)

Masa aku baca diary tu, baru aku nampak susahnya lah aku nak masuk U dulu. Terpaksa wat rayuan, terpaksa join form 6, ic hilang be4 tiba hari daftar (tanpa pengetahuan mak pulak tu!), mak tak tegur n marah-marah sebab tak kasi aku sambung study kat terengganu, mcm2 lah. Tak sangka, aku dah lalui dah semua tu. Syabas kepada diri sendiri. Aku hebat. *tepuk bahu sendiri*

Bila dah masuk u pulak nak sesuai kan diri dengan kawan-kawan. Macam-macam hal. Baru clash dan tak biasa sendiri. Time tu pandang semua pun akan terfikir, ntah-ntah dia kot orang nya. Kenal -> berkawan-> rapat->tak serasi bersama-> menjauh-> tak kawan dah. Pastu ulang balik proses kenal sampai tak kwn dah. Penat. Sape kata tak penat?

Ada jugak rasa sedih. People change kan? Perangai pun mesti berubah. Kenangan yang di tinggalkan tu je yang tak kan berubah. Sebenarnya bagus jgk ade diary ni. Bila kita baca siapa kita dulu pada masa depan, kita akan nampak ape sebenarnya yang Allah atur kan untuk kita. Kadang-kadang kita nakkkk sangat something tu or someone tu tp Allah tak kasi kat kita. Time tu kita rasa nape la nasib kita malang, mintak ape semua tak pernah dapat. Tapi sebenarnya. Pandang sekeliling, kat mana kita sekarang dan apa yang kita ada sekarang. Kita punyai something yang kita tak jangka akan dapat. Lebih baik dari apa yang kita mintak dulu. Betul. Apa yang Allah bg tu semuanya memang yang terbaik untuk kita. Percayalah. Kalau kita tak dapat hari ni,mungkin esok.lusa,tulat,err..pas tulat ape ek. Ape-ape je lah. Sabar dan keep on mintak yang terbaik walaupun kita ni bukan hambaNya yang terbaik. Tapi Allah tetap selalu baik dengan kita. Betul. Tak tipu!

21 Februari 2013

Addicted with Fynn Jamal

Macam-macam perasaan yang ada, berbaur dalam ati ni bila baca qoutes n nurkilan Fynn Jamal ni. Macam terasa fall in love pulak dengan dia. Kadang-kadang sengeh2 sorang, kadang2 blur sebab tak faham, kadang2 rasa nak nangis sebab ape yang dia tulis tu memang menggambarkan apa yang aku rasa. Nak jerit n nak tunjuk kat semua. Like this sangat. One day aku harap aku pun dapat ekspress kan ape yang aku rasa n fikir macam cara dia. Meh la aku share sikit. Mintak izin ye kak Fynn. :)

"Setiap kali kawan2 suruh promote kawan2 lain utk di-match2-kan, aku kata “takde”.
setiap kali aku kata “takde”, orang kata aku kedekut kawan— save kawan, katanya.
yg org xtau, setiap kali kawan2 suruh promote kawan2 lain utk di-match-kan, aku nak jawab: “promote kemende, nak yg perfect, yg cantik, yg hensem, yg sporty, yg seksi, yg komfem dicemburui manusia sejagat”.
yang mcm tu ada satu tempat je dik non.
kat Sims Social."

"One thing I learn about life is this; loving people is hard work. so hard— no one can do it alone.
*pause*
i need help.
together;
we spread love faster."
"Aku rasa golongan sekarang rugi sgt sbb xpernah rasa majlis kahwin tradisional. derang xpernah rasa merewang potong bawang dr mlm td, curi ayam baru angkat dr kuali, perasaan kontrol cun depan abang paling tegap dlm kampung, main2 mata dgn sepupu jauh yg mancung hidung.
rugi!!!!!"

" Bukan tuhan mengabaikan kita bila di banyak masa iblis berjaya membisik ke hati. bukan terkalahkan. bukan dibiarkan kita sendiri. maka tarik semula persoalan engkau ttg kenapa tuhan seperti buat tak peduli. jgn kau lupa apa antara dia dan iblis termeterai. bukankah dia maha menunaikan janji? maka sabar. dan jgn bagi iblis viktori."

Ada sebab kenapa dalam islam ada istilah wasatiah —bersederhana —tidak fanatik kpd extremism. ada sebab kenapa tuhan sindir manusia —ubah diri sendiri DULU baru diubah seluruh kaumnya. ada sebab kenapa BERKALI2 tuhan beritahu kita lebih bagus dari binatang kerana akal kita. sebab tuhan maha mengetahui setiap di lampau dan masa mendatang —yang manusia TETAP dgn kebodohan mereka memikirkan mereka pandai dari semua."
" Kalau kita boleh bagi standing ovation pada good plot dlm filem2 hebat,
kenapa perlu kita meratap pada qada’ dan qadar yg tuhan sediakan tersurat?"


"Perempuan ini perangainya sungguh degil dan terlalu tamakkan perhatian kekasihnya; selalu xsedar untung, dan hanya tahu menyesal bila terlajak rajuknya.
*pause*
kenapalah aku perempuan.
*ketuk kepala sndiri*
dan kesiannya kekasih aku.
ni dah TERmerajuk ni, cane nak patah balik ni…
alaaa.."
" Dunia ini terlalu kejam untuk orang2 kekurangan percaya diri macam aku: takkan pernah rasa cukup bagus utk sesiapa, rasa layak utk apa2 —sentiasa penat utk buat semua orang bahagia.
*pause*
yang mana agak mustahil, sbb takkan kita mampu puaskan semua.
ah. bajingan.
aku kena ubah diri aku, baru dunia akan jadi lebih cantik dan warna-warni."
" Kenapa kita lebih larat siat ayahbunda —yg kalau diminta, percuma dibagi;
berbanding kawan2 yg kerjanya menyiat kita sehari2?
friendship, brotherhood, sisterhood etc—
mengarut je semua tu.
dah dpt apa dia nak, dah bahagia— lupa.
so fakit. at the end of the day, hanya famili yg kutip cela kita."
" Aku ada 1 prangai buruk bila dtg hal2 persahabatan atau percintaan. kalau aku tgk org aku syg riuhpenuh dgn manusia yg ramai, aku ada sifat buat muka tak ambik port dan menjauhkan diri. mcm xminat. mcm malas duli.
org panggil ego.
tp sbnrnya aku tahan nangis sbb aku tamak dan aku tanak org nampak. sbb tu org jarang tgk aku dgn baju/brg baru. aku jenis jaga barang beriya. org nk pegang pun aku awas sentiasa.
aku—
kalau dah sayang;
susah."
"kak fynn, macammana nak jadi anak yang baik?”
aku jawab:
kita SEMUA tak tahu.
sebab itu kita kena selalu trial and error.
sebab itu ayatnya:
“mencuba utk menjadi anak yang baik”.
sebab itu sampai ada doa khas utk itu;
sebab punyalah susah—
sampai kena MINTAK dari tuhan utk tolong.
*pause*
sebab kita SEMUA tak tahu.
terutama aku."

" Saya adalah bukti yang kita tak perlu ada degree
—untuk sesuatu;
—untuk jadi bagus dalam sesuatu."
" Ada sebab kenapa asyik kita yang disampahcelaka. sebab tuhan tahu kita kebal dan mampu utk tempuh apa yang tuhan suruh kita rasa.
dan kau bayangkan.
kalau TUHAN SENDIRI tahu kita kebal dan mampu,
kita SIAPA nak kata sebaliknya?"
" Bila mana tadi aku menangis pada disebutnya “take refuge in allah, for he is the most hearing, the most knowing”; aku menyedari betapa aku selalu lupa mencari refuge dari dia.
dan lebih menyedihkan,
aku TAHU aku selalu lupa."
"Kalaulah aku boleh kerat2 diri aku halus2, aku bagi setiap cebis pada semua yang mahu. tapi ah. hendak kerat bagaimana kalau tangan kaki pun sudah terikat mati?"

" Kadang2 aku macam mahu tuhan tarik sedikit upaya akal aku yang terlalu lasak dalam pemikiran. kerana aku jadi terlalu destruktif bila aku terlalu banyak tahu."

"Tentang derhaka atau tidak, itu terpulang pada tuhan.
manusia boleh labelkan kita apa2.
tapi cerita sebenar, cuma ada dalam video camera tuhan."


"Terima saja.
nak lari, hendak ke mana?
kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.
apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.
benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar lehernya.
kill me, and get it over and done with.
tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
kita kena sabar.
kena."
:Semoga takkan kita lupa betapa hebatnya yakin ibrahim pada tuhan.
kerana berapa ramai kita mampu membuang ragu baiknya tuhan bila mana datang musibah atas kita? malah yang lebih selalu, bila datang hari2 hancur, siap kita tanya2 tuhan kita.
haih. malu sungguh menjadi kita.
selamat berkorban, sahabat2 dan kawan2.
semoga kita lebih kebal bercangkerang redha."
"Hati aku adalah antara perkara dalam dunia yang cuma akan dihargai selepas ia mati."

"Banyak sungguh orang baik yang jahat. kenapa. takkah mereka tahu bukan kejahatan mereka yang menghancurkan; tapi ralat kita yang datang dari frustration out of the fact yang rupa2nya orang baik tidak semua baik"

"kan seronok kalau aku secantik dewa-dewi; sesempurna fantasi bohong2 yang mengindah rasa; mulus dan rapi, tersusun dan memateri.
apa agaknya rasa menjadi manusia sempurna ya?"
"semua orang pembohong.
semua orang penipu.
tak usah pegang orang lain.
pegang diri sendiri dulu.
kalau tidak percaya, tengok cermin. akan kita nampak pembohong dan penipu sepertimana yang lain2;
kita semua pelakon hebat.
maka ayuh, pada cermin tadi, tepuk bahu sendiri dan kata,
“terima kasih kerana selalu jadi cangkerang aku”.
"Terlalu mahu untuk ambil bilah dan belah rusuk manusia2 berjiwa penuh. sebab aku dengki dan aku mahu tahu: apa yang menjadikan mereka itu mereka.
kalau lah mereka tahu jiwa mereka terlalu pelangi dan ia membising ke sunyi hati aku.
aku dengki."
"tengok gaya macam minggu kejam-dan-mendung hendak berjalan berpimpin tangan dengan aku.
*senyum pahit*
tak apa.
jadilah apa yang ada.
ini tangan aku. mari jalan sekali."

Ok tu la sebahagian yang dapat aku share kan. Rasa nak nangis je baca bila kita faham. Aku suka semua!! :)