05 Disember 2012

Peristiwa Bell Palsy :)

Lame nye aku tak update. Banyak sangat perkara dah berlaku. Ok nak start dari mana? Setakat yang aku ingat. Peristiwa Ramadhan tahun ni. Tragik sungguh. Aku dapat penyakit misteri. Yang cam lawak pun ada. Time tu da abis sem dah. So berpuasa di rumah la. First day Ramadhan aku ok. Seronok dapat berpuasa dengan family (walaupun da start tension pasal orang tanye bila nak keje bila nak keje?) Tak silap aku start Ramadhan ke 2 aku terasa lain macam. Muka aku macam kebas. Lidah aku cam tak dapat detect rasa. Bibir aku cam tak dapat gerak belah kiri. Mata aku berair n merah. Memang rasa pelik. Aku bertambah risau bila aku tak dapat nak senyum. Sebab sebelah kanan je yang gerak. Pergh. Aku da tak sedap hati. Aku mengadu kat mak. Aku cakap mata aku cam susa nak tutup yang belah kiri ni. Mak cuma ketawa je. Dia ingat aku buat lawak. Bila aku tengok cermin n try senyum. Arghh. Tak boleh. Senget! Sebijik cam budak sore eyes 5days mc tu. Macam dah terkenan je? Mintak simpanggg!

Esoknya aku terus ajak Shila g klinik. Sebab rasa semacam je. Then aku terangkan kat doctor pasal simptom2 yang aku alami. Doc terus kata tu adalah penyakit Bell ape nth. Tak dapat tangkap nama sebenar. Doc tu cakap tak de ubat utk penyakit ni. Dan paling aku nak nanges doc tu kata ak tak leh raya. Gelap gelita dunia aku rasa. Langit seakan menghempap. Cewah. Lepas doc da ckap cam tu, aku pun terus blah dari klinik tu. Then g klinik lain pulak.

Sampai kat klinik lagi satu ni, aku terangkan benda yang sama. Nasib baik doc ni bagi semangat n kata2 positif. Takde lah aku cuak sangat. Terfikir jgak. Aku strok ke? Doc check tekanan darah aku. Dia kata ok. Dan memang bukan strok. Dia kata penyakit ni punca dari virus dan stress. Dia bagi ubat anti virus and beberapa pil lain. Dia kata jangan risau. Penyakit ni akan baik sendiri. Lega la sikit aku.

Sampai kat umah pulak, aku terus bagitau mak. Mak terperanjat gila. Time tu aku tahan je air mata ni. Tanak nanges depan mak. Malu. Aku nanges bukan sebab ape. Cuma rasa risau. Tak penah lagi aku dengar pasal penyakit ni. Lagipun aku jarang sakit. Bila da sakit ni rasa cam lain pulak. Mak pun time tu da menggelabah dah. Aku tau dia rasa bersalah sebab tak percaya aku cakap masa mula2 tu. Dia ingat aku main2. Memang time tu tak de mood lah. Emosi terganggu betul. Risau gilaaa. Lagi2 ada yang cakap aku ni strok. Sorry to say, aku rasa cam nak lempang je orang yang kata aku strok. Doc sendiri kata aku tak strok. So stop la cakap aku ni strok!!

Malam tu jugak mak bawak aku pegi berubat. Aku tak sure. Pakcik ni macam bomoh pulak. Nak tergelak pulak aku dengar dia punya telahan. Dia kata penyakit aku ni sebab ada "benda" yang tegur aku. Dia kata benda tu tak kenal aku sebab aku jarang balik n menetap kat banting. Selama ni aku kan balik kjap2 je. Bape taun duk trganu. So benda tu tak kenal aku. N pakcik tu cakap jugak. Pegi mana2 hati2. Sebab aku ni selalu kene tegur. Dia kata aku cantik. Kembang jap idung ni ha. Muka bengkak time tu pun dikata cantik. Pakcik ni memang pandai main kan perasaan aku lah. hehe. So dia pun kata tunggu la penyakit ni baik sendri and dia bagi air penawar. Satu botol dia dah siap jampi.

Sampai je kat umah, mak ajak lagi kua. Kali ni g berurut pulak. Argghh. Aku dah lah tak penah urut2 ni. Geli. Tapi makcik tu urut aku memang tergeliat aku. Sampai kua air mata. Nak jerit tak leh. Tahan je lah. Makcik tu kata urat aku tegang sangat. Terutama kat bahagian tengkuk. N tapak kaki aku sejuk. Darah tak gerak lancar. Nak tanak aku terpaksa tahan la sakit n geli kene urut ni. Makcik tu ada bagi jgak sebotol air penawar. N dia suh minum dan sapukan kat muka. Datang balik lepas air tu da abis.

Lepas tu, esoknya aku jalani hari2 sebagai seorang pesakit. Sedey. Lemah je rasa. Stress pun ye jgk. Asyik nangis sorang2 je. Lagi2 kalau tengok cermin. Macam bukan aku. :( Tak tau nak kongsi perasaan sedih ni kat sape. Depan orang lain aku tunjuk aku ok la. Padahal dalam hati tuhan je yang tau. Sampai satu tahap aku duk nanges je kat bilik sorang2. Aku perlukan someone nak mengadu n aku nak luah. Aku teringat H.I. Even before ni aku da nekad tanak contact dia, tapi aku contact jugak. Dia je yang selalu dengar aku nanges n selalu dengar aku bebel pasal masalah aku. Aku col dia. Mula2 dia angkat. Aku diam. Tak dapat nak cakap. Arghh. Aku kalau nanges memang tak leh nak bercakap. Dia dengar je aku nanges, terus dia panik. Then aku cerita lah ape yang aku rasa. Aku down gila. Dia macam biasa lah. Nasihat aku n selalu backup aku. Terharu sangat. Malam tu satu malam jugak dia tak tido. Cari info pasal penyakit aku. Dia search kat internet. Dapat je dia forward la kat aku. Suruh aku baca. Dah lah aku cuma ingat nama penyakit aku ni ada perkataan Bell je. Lagi la susa dia nak search satu2. Last2, dia dapat jugak info yang nama penyakit aku ni sebenarnya Bell Palsy. Oh. Baru aku tau. Then dia pun terangkan kat aku punca, rawatan n pengalaman pesakit2 yang pernah hidap benda ni. Ada yang baik sepenuhnya, ada yang baik tapi tak sepenuhnya n ada yang tak baik langsung. Dia memang risau sangat la pasal aku. Setiap hari dia tanya keadaan aku cam ne. Da makan ubat ke belum. Macam budak kecik je rasa. Dia memang caring sangat. Dari dulu tak berubah. :)

Then, lepas tu aku ada jumpa doc sebab ubat yang dia bagi dah habis. Doc kata xperlu ubat dah. Just tunggu je baik sendiri. Aku ada g urut lagi. Guna minyak yang Jie bagi. Minyak herba dari terengganu. Dia datang banting hari tu melawat aku. Maybe risau tengok aku tak de mood. Tapi siyes. Aku segan jumpa dia dalam keadaan aku cam ni. Memang malu lah. Rasa hodoh gila. Aku bawak minyak tu time g berurut. Mintak makcik tu urutkan aku guna minyak tu. Alhamdulillah, malam tu memang aku rasa cam da ok sikit. Rasa da tak kebas da muka ni n bole gerak sikit. Hepi jugak. Maknenye bole la raya.

Genap 2minggu aku sakit, then aku pun pulih. Alhamdulillah. Tuhan baik sangat. Now da boleh senyum balik dah. Syukurrrrr.

So kat sini aku nak ingatkan kat orang2 yang mungkin mengalami penyakit pelik cam aku alami ni, jangan risau sangat n terlalu menggelabah puyuh. Rileks and kena banyak berehat. Cepat2 pegi terapi. Tapi first kene g jumpa doc la. Tu wajib! N jangannn ejek budak 5days mcm tu. Sebab aku ejek dia la aku rasa aku kene daulat cam ni.haha. :D