30 Mac 2012

Aku maafkan kamu~

Betul lah. Manusia sering salah menilai. Apa yang dia nampak itu lah yang dia rasa betul. Sampai malas nak kaji kebenaran. Lagi2 bila melibat kan soal hati. Jahil sangat rasa nya. Tuhan terbit kan rasa sayang dengan cepat. Dan Tuhan tarik balik perasaan tu dengan cepat. Aku ke yang terlalu gopoh. Atau kata2 dia yang manis setanding kurma yusof taiyoob. Haish.

Silap nya dari aku. Mudah percaya. Tapi aku tak mudah jatuh sayang. Cuma dengan dia aku tak tau. Kenapa n mengapa. Yakin nya aku pada dia. Even banyak sikap n sifat dia yang jauh dari apa yang aku nak. Tak tahu. Rasa sayang tu wujud sampai mengaburi mata hati aku. Sampai aku cuba menidak kan prinsip aku selama ni. Aku tak suka lelaki yang cam tu..yang cam ni.. Tapi dia ada semua yang aku tak suka. Kenapa aku still bole mampu terima. Mampu berangan yang aku ni satu2 nya bagi dia. Penilaian aku ternyata silap. Aku cuma di game. Jatuh. Hancur. Berderai hati ni.

Betul salah satu status aku dulu. Orang yang cepat jatuh sayang, cepat jugak lah sayang tu hilang. Mula nya aku tak percaya. Eh. Buat2 tak percaya. Malas nak berfikir secara logik. Menafikan kenyataan. Buat derk je lah. Tepis semua kesangsian. Kenapa dia sampai hati buat aku macam ni sekali. Bila aku mula percaya, mula sayang, sia2.

Syukur, tuhan lorong kan aku ke jalan ni. Sampai aku tergerak hati menguji tahap kesetiaan n kebenaran kata2 dia. Tuhan tunjukkan dia lelaki yang macam mana. Apa yang dia kata pada aku, dia kata jgk kat perempuan lain. Sikit pun bukan aku yang ada dalam hati dia. Rupa2nya macam tu. Terduduk aku. Fuh. Tak sangka aku alami sekali lagi sakit yang sama. Berhari2 aku menangis. Sampai sakit2. Bodohnya aku. Mungkin ni balasan untuk aku. Aku terima.

Sakit tau tak berpura2 tak tau tentang satu pembohongan. Sakit menahan sabar. Sampai satu tahap. Aku rasa aku dah tak mampu. So aku terus terang. Even dia putar 360 darjah cerita. Sudah. Orang dah kantoi bodo, memang akan marah n salah kan orang lain. Hmm. Last2 dia mengaku. Menyesal. Tapi. Sume dah terlambat. Kalau aku bagi peluang pun, hati ni tak kan dpt rasa yang sama mcam dulu. Cumanya. Satu kelegaan. Bila aku rasa aku menang. Aku menang sebab aku mampu tinggalkan dia dengan biarkan dia dibelenggu rasa kesal yang teramat. Bukan niat membalas dendam. Tak. Aku maafkan dia. Ikhlas. Aku tak de hal pn kalau lepas ni nak lepak n borak cm biasa. Aku tau. Dia malu. Dia berharap dia mampu undur masa. Masa yang mana hati aku ni ikhlas terima dia. Dia berjanji akan hargai aku. Tapi. Aku tak boleh dah. Luka yang dia tinggal kan agak dalam. Aku tak membenci. Aku tak nak pun bermusuh. Bukan cara aku. Bagi aku senang. Bila orang tu sungguh2 mintak maaf. Aku akan memberi. Settle. Tapi tak kan jadi seperti dulu.

Benar lah. Mana ada manusia yang bebas dari wat kesalahan. Aku pun tak terkecuali. Aku pun ada khilafnya. Aku admit benda tu. Cuma, yang sudah tu sudah lah. Benda dah jadi dah pun. Teruskan lah hidup. Macam sebelum kami kenal. Sekurang2nya cuba. Bukan menghukum. Tak3. Bialah aku mangsa terakhir dia. Jangan ada wanita lain jadi mangsa dia. Kesian.

So now, cukup lah dia tau aku maafkan dia. Ikhlas. Trust me. :) Terima kasih atas penambahan chapter baru dalam hidup nih. Ape lagi lepas ni ye, Allah. Harap2nya semua baik2 aja. Jadikan aku manusia yang sentiasa redha n berlapang dada terima ujian n dugaan dariMu.

16 Mac 2012

Siyes cakap, lu tak matang langsung bila lu nak gaduh dengan lawan2 status kt fb.~

Bergaduh kat fb bukan la satu isu baru kat dunia ni. Normal. Dan menarik kan. Orang yang bergaduh tu ikut emosi. Orang2 yang like2 n campur tangan tu plak macam menambah minyak gas kt dalam api. Memang makin hangat lah. Tu namenye cari publisiti murahan.

Lupa ke kita setiap bait yang kita taip tu di perhati n orang akan buat kesimpulan pasal personaliti kita. Orang yang gaduh dengan maki2. Lagi2 kalau pmpuan. Segala macam "fakhrul" la dia bubuh situ. Bia nampak rock sikit. Tapi malu la weh. Tambah2 yang muka cunnye. Memang menantu pilihan. Tapi ayat. Dah serupa jantans da. Bergaduh sakan. Then pihak lagi satu pun lwan balik. Tengah marah. Orang yang taip hegeh2 pun jadi cm budak OM. Lajuu. Zap Zap Zap enter. Zap Zap Zap, enter. Last2 upacara block memblock. Pastu buat plak status pasal orang yang di block tu. Mentang2 orang tu tak leh baca da ape yg kita post. Sakan la kita kutuk dia.

Tapi perasan tak. Mungkin segelintir kita tak kan gaduh terang2an. Dia cuma men perli2 kt status je. Even tak tagged name si polan tu. Si polan tu bole agak yang status tu utk dia. Hah, ni la kemagikan fb. Sekali tengok pun da tau yang status ni utk sape. Hehehe. 90% selalunya tepat n sampai kepada orang yang nak di tujukan.

Nampak kan tak matang nya kita ni. Aku mengaku. Aku pun tak terkecuali dari hal2 yang cam ni. Bila rasa marah yang amat kepada someone yang wt kita 'bengkekk' kita pn post la dengan harapan ramai yang menyokong kita. Kadang2 dapat like yang melampau2. Like tanda like or ada maksud tersirat. Tu aku tak tau.

Masing2 rasa dia betul. Masing2 rasa dia akan mendapat sokongan dari fren list msing2. Tak fikir side effect nya. Memang bole delete. Memang bole remove. Tapi tu lah, effect nya bukan hanya kat dalam alam maya. Realiti nya kita tetap kene berhadapan jugak. Berani kat fb. Tu sume orang pn berani. Tapi bila berhadapan. Berani ke? Ni lah yang kita kata, dah post baru nak menyesal. Dah komen baru nk delete. Kan dah terlambat tu. So, before post, before tekan enter, beringat lah dulu. Apa kesan dari apa yang kita taip tu pada diri n orang tu jugak. ~

Tak sume pujian tu pujian.

Asal ek. Bila da menghadap laptop ni memang idea takde. Tapi bila tengah duk sorang2, idea melimpah ruah ke ladang gandum. Tiba2 teringat perbualan aku dengan member aku. Fyi, aku kalau terfikir sesuatu, aku suka tanya pendapat orang.

Aku terfikir, apa perasaan yang sepatutnya perempuan rasa bila orang lelaki puji bentuk tubuh perempuan. Bangga ke? Rasa seksi ke? Rasa malu ke? Rasa jijik ke? Rasa ta bole blah ke? Aku pun tak sure. Kalau setakat puji muka lawa ke. Hidung mancung ke. Dagu runcing ke. Leher jinjang ke. Tu mungkin patut rasa Alhamdulillah. Best. Sebab pemahaman bgi lawa n cantik tu, tu lah antara component2 yg sepatutnya ada. Even tak sume. But, kalau lelaki yang memang confirm bukan suami kita, puji part2 bahagian perempuan yang tabu untuk di bincang kan secara general. Wajar atau tidak perempuan tu rasa seronok?

Aku pun tak faham. Bukan patut rasa malu ke? Tapi dalam masa yang sama kene gak rasa bersyukur. Tapi malu jugak. Sebab nampak sangat lelaki tu gila &^%$#@. Sempat pulak dia kaji badan pempuan tu. Ke dia scan? Mak ai. Serammm.~

Sebab tu Islam tetapkan yang perempuan ada aurat yang lebih utk dijaga. Seksi2 mana bole. Hmm. Kalau tak ni lah jadinya. Lelaki yang tak punya hak utk puji bentuk tubuh kita plak dapat free2 nilaikan. Perempuan memang suka di puji. Tapi kalau isu2 sensetif cam tu kalau puji pun jadi rasa malu pulak. Tu bagi aku. Tak tau la bagi orang lain. I mean perempuan lain. Yang memang sengaja menayang kecantikan yang ada pada dia utk tontonan umum dan hasilnya mendapat pujian dari lelaki2. Bagi aku yang layak memuji benda2 cm tu hanya la suami kita yang sah kan? Time tu bukan rasa malu. Tapi rasa seronok n rasa 'aku la yg paling cantik n cun melecun'.

Yang aku faham, perempuan tu akan n patut rasa malu bila ada lelaki yang puji or bg komen mengenai bahagian2 yang tak sepatutnya dipuji bila mana pempuan tu tak de intention pun nak tayang n mtk mana2 lelaki bagi komen or pujian. But, bagi pempuan yang memang tu niat dia, dia mesti happy la. Berbaloi dia tayang n dapat pulak pujian melambung2. Wuu~

Bagi aku, kalau lelaki yang komen2 kearah kelucahan atau ape2 je la. Aku tak leh terima sangat. Tu menunjukkan dia tak hormat maruah pempuan tu. Bukan nak kata aku baik. Tapi even terfikir pun, tak payah mention or bgtau. Simpan je la dalam hati. Dah jadi bini ti baru puji tau. ;p

Puji la hal2 lain. Ni puji benda yang macam tu. Dah aku label ko lelaki gila @%$#. Tak pasal2 mendapatttt.