Macam-macam perasaan yang ada, berbaur dalam ati ni bila baca qoutes n nurkilan Fynn Jamal ni. Macam terasa fall in love pulak dengan dia. Kadang-kadang sengeh2 sorang, kadang2 blur sebab tak faham, kadang2 rasa nak nangis sebab ape yang dia tulis tu memang menggambarkan apa yang aku rasa. Nak jerit n nak tunjuk kat semua. Like this sangat. One day aku harap aku pun dapat ekspress kan ape yang aku rasa n fikir macam cara dia. Meh la aku share sikit. Mintak izin ye kak Fynn. :)
"Setiap kali kawan2 suruh promote kawan2 lain utk di-match2-kan, aku kata “takde”.
setiap kali aku kata “takde”, orang kata aku kedekut kawan— save kawan, katanya.
yg org xtau, setiap kali kawan2 suruh promote kawan2 lain utk
di-match-kan, aku nak jawab: “promote kemende, nak yg perfect, yg
cantik, yg hensem, yg sporty, yg seksi, yg komfem dicemburui manusia
sejagat”.
yang mcm tu ada satu tempat je dik non.
kat Sims Social."
"One thing I learn about life is this; loving people is hard work. so hard— no one can do it alone.
*pause*
i need help.
together;
we spread love faster."
"Aku rasa golongan sekarang rugi sgt sbb xpernah
rasa majlis kahwin tradisional. derang xpernah rasa merewang potong
bawang dr mlm td, curi ayam baru angkat dr kuali, perasaan kontrol cun
depan abang paling tegap dlm kampung, main2 mata dgn sepupu jauh yg
mancung hidung.
rugi!!!!!"
" Bukan tuhan mengabaikan kita bila di banyak masa
iblis berjaya membisik ke hati. bukan terkalahkan. bukan dibiarkan kita
sendiri. maka tarik semula persoalan engkau ttg kenapa tuhan seperti
buat tak peduli. jgn kau lupa apa antara dia dan iblis termeterai.
bukankah dia maha menunaikan janji? maka sabar. dan jgn bagi iblis
viktori."
" Ada sebab kenapa dalam islam ada istilah wasatiah
—bersederhana —tidak fanatik kpd extremism. ada sebab kenapa tuhan
sindir manusia —ubah diri sendiri DULU baru diubah seluruh kaumnya. ada
sebab kenapa BERKALI2 tuhan beritahu kita lebih bagus dari binatang
kerana akal kita. sebab tuhan maha mengetahui setiap di lampau dan masa
mendatang —yang manusia TETAP dgn kebodohan mereka memikirkan mereka
pandai dari semua."
" Kalau kita boleh bagi standing ovation pada good plot dlm filem2 hebat,
kenapa perlu kita meratap pada qada’ dan qadar yg tuhan sediakan tersurat?"
"Perempuan ini perangainya sungguh degil dan
terlalu tamakkan perhatian kekasihnya; selalu xsedar untung, dan hanya
tahu menyesal bila terlajak rajuknya.
*pause*
kenapalah aku perempuan.
*ketuk kepala sndiri*
dan kesiannya kekasih aku.
ni dah TERmerajuk ni, cane nak patah balik ni…
alaaa.."
" Dunia ini terlalu kejam untuk orang2 kekurangan
percaya diri macam aku: takkan pernah rasa cukup bagus utk sesiapa,
rasa layak utk apa2 —sentiasa penat utk buat semua orang bahagia.
*pause*
yang mana agak mustahil, sbb takkan kita mampu puaskan semua.
ah. bajingan.
aku kena ubah diri aku, baru dunia akan jadi lebih cantik dan warna-warni."
" Kenapa kita lebih larat siat ayahbunda —yg kalau diminta, percuma dibagi;
berbanding kawan2 yg kerjanya menyiat kita sehari2?
friendship, brotherhood, sisterhood etc—
mengarut je semua tu.
dah dpt apa dia nak, dah bahagia— lupa.
so fakit. at the end of the day, hanya famili yg kutip cela kita."
" Aku ada 1 prangai buruk bila dtg hal2
persahabatan atau percintaan. kalau aku tgk org aku syg riuhpenuh dgn manusia yg ramai,
aku ada sifat buat muka tak ambik port dan menjauhkan diri. mcm xminat.
mcm malas duli.
org panggil ego.
tp sbnrnya aku tahan nangis sbb aku tamak dan aku tanak org nampak.
sbb tu org jarang tgk aku dgn baju/brg baru. aku jenis jaga barang
beriya. org nk pegang pun aku awas sentiasa.
aku—
kalau dah sayang;
susah."
"kak fynn, macammana nak jadi anak yang baik?”
aku jawab:
kita SEMUA tak tahu.
sebab itu kita kena selalu trial and error.
sebab itu ayatnya:
“mencuba utk menjadi anak yang baik”.
sebab itu sampai ada doa khas utk itu;
sebab punyalah susah—
sampai kena MINTAK dari tuhan utk tolong.
*pause*
sebab kita SEMUA tak tahu.
terutama aku."
" Saya adalah bukti yang kita tak perlu ada degree
—untuk sesuatu;
—untuk jadi bagus dalam sesuatu."
" Ada sebab kenapa asyik kita yang disampahcelaka.
sebab tuhan tahu kita kebal dan mampu utk tempuh apa yang tuhan suruh
kita rasa.
dan kau bayangkan.
kalau TUHAN SENDIRI tahu kita kebal dan mampu,
kita SIAPA nak kata sebaliknya?"
" Bila mana tadi aku menangis pada disebutnya
“take refuge in allah, for he is the most hearing, the most knowing”;
aku menyedari betapa aku selalu lupa mencari refuge dari dia.
dan lebih menyedihkan,
aku TAHU aku selalu lupa."
"Kalaulah aku boleh kerat2 diri aku halus2, aku bagi
setiap cebis pada semua yang mahu. tapi ah. hendak kerat bagaimana
kalau tangan kaki pun sudah terikat mati?"
" Kadang2 aku macam mahu tuhan tarik sedikit upaya
akal aku yang terlalu lasak dalam pemikiran. kerana aku jadi terlalu
destruktif bila aku terlalu banyak tahu."
"Tentang derhaka atau tidak, itu terpulang pada tuhan.
manusia boleh labelkan kita apa2.
tapi cerita sebenar, cuma ada dalam video camera tuhan."
"Terima saja.
nak lari, hendak ke mana?
kadang2 dunia seperti sengaja mahu kita menyungkur dan terkambus ke
kerak tanah yang paling dalam. seolahnya, lagi kita kata kita mahu
untuk tetap cuba, lagi dia ketawa besar mahu kita tersembam.
apa yang tak membunuh kita, akan bikin kita lebih kukuh.
benar.
tapi kalau menderu2 serangan menubi kita yang tak langsung berpayung
pun ini, ada masa, mahu juga kita hulur anggota untuk terus dikelar
lehernya.
kill me, and get it over and done with.
tapi kalau mati, rugi.
sebab selagi kita mahu menanam sabar, selagi itu harapan tetap ada.
ribut datang sebelum pelangi.
rebah datang sebelum bangkit.
malam datang sebelum matahari pagi.
gunung meletus sebelum disuburkan bukit.
kita kena sabar.
kena."
:Semoga takkan kita lupa betapa hebatnya yakin ibrahim pada tuhan.
kerana berapa ramai kita mampu membuang ragu baiknya tuhan bila mana
datang musibah atas kita? malah yang lebih selalu, bila datang hari2
hancur, siap kita tanya2 tuhan kita.
haih. malu sungguh menjadi kita.
selamat berkorban, sahabat2 dan kawan2.
semoga kita lebih kebal bercangkerang redha."
"Hati aku adalah antara perkara dalam dunia yang cuma akan dihargai selepas ia mati."
"Banyak sungguh orang baik yang jahat. kenapa.
takkah mereka tahu bukan kejahatan mereka yang menghancurkan; tapi
ralat kita yang datang dari frustration out of the fact yang rupa2nya
orang baik tidak semua baik"
"kan seronok kalau aku secantik dewa-dewi;
sesempurna fantasi bohong2 yang mengindah rasa; mulus dan rapi,
tersusun dan memateri.
apa agaknya rasa menjadi manusia sempurna ya?"
"semua orang pembohong.
semua orang penipu.
tak usah pegang orang lain.
pegang diri sendiri dulu.
kalau tidak percaya, tengok cermin. akan kita nampak pembohong dan penipu sepertimana yang lain2;
kita semua pelakon hebat.
maka ayuh, pada cermin tadi, tepuk bahu sendiri dan kata,
“terima kasih kerana selalu jadi cangkerang aku”.
"Terlalu mahu untuk ambil bilah dan belah rusuk
manusia2 berjiwa penuh. sebab aku dengki dan aku mahu tahu: apa yang
menjadikan mereka itu mereka.
kalau lah mereka tahu jiwa mereka terlalu pelangi dan ia membising ke sunyi hati aku.
aku dengki."
"tengok gaya macam minggu kejam-dan-mendung hendak berjalan berpimpin tangan dengan aku.
*senyum pahit*
tak apa.
jadilah apa yang ada.
ini tangan aku. mari jalan sekali."
Ok tu la sebahagian yang dapat aku share kan. Rasa nak nangis je baca bila kita faham. Aku suka semua!! :)