06 Ogos 2013

Im not beauty queen, Im just beautiful me.

Ramai lelaki yang anggap perempuan ni terlalu complex and susah gila nak difahami. Kadang-kadang mesti korang (dibaca lelaki) sampai give up kan? Well, perempuan sebenarnya tak mintak lebih pun. Just korang kena lah pandai amik hati kami. Sebenarnya benda yang simple pun dah buat hati kami yang perempuan ni berbunga-bunga dah. First step, buat lah kami ni rasa yang kami lah perempuan paling cantik dalam dunia. Tapi jangan lah nampak sangat menipunya. Sebab memang mustahil lah kan. Tapi dengan wat perkara yang aku bakal bentangkan, ceh, bentangkan mcm presentation plak, err. Dengan buat perkara yang aku akan listkan kat bawah ni, dah cukup dah bagi kami.
  • Please, not to compare her with other girls.
Pergh, ini lah perkara yang paaaaling pantang bagi kami orang perempuan. But aku rasa, bukan orang perempuan je yang tak suka dibandingkan dengan orang lain, lelaki sendiri pun tak suka kan dibanding-bandingkan dengan orang lain. Hmpph.. Sedih. Dah kalau korang comparekan kami dengan perempuan lain, pergi la kat perempuan lain tu, yang duk hegeh kat kami wat apa? haa. Marah ni. Marah! Jangan lah nak ngada-ngada cakap "Perempuan tu pandai bergaya kan, nape awak tak mcm tu ek?"  "Pandainya perempuan tu pakai shawl, cun habis. Awak tak suka cam tu ek?" "Ee..comel je perempuan tu, pandai amik hati bf dia kan? Best lah bf dia."
And for sure, perempuan mana yang tak terasa bila orang yang dia sayang banding kan dia dengan orang lain. Memang menitik lah air mata bila dengar. Perempuan tu macam tu lah, perempuan tu macam ni lah. Urghhh. Maybe tak sengaja kan? and tak niat ape pun. Mesti bagi lelaki benda ni remeh sangat sampai kami nak sentap bagai. Benda cam ni lah wat kami rasa down gila tau,. Kalau ye pun  kami ada kelemahan, tak macam yang korang idamkan, tak perlu lah compare, Kalau kami boleh je tak compare korang dengan orang lain, nape korang suka sangat compare kan kami dengan orang lain. Tak suka! Kata terima seadanya. TIPU! In fact, lelaki kene tau, kelemahan yang paling besar bagi perempuan adalah perempuan lain. Apa-apa yang berkaitan dengan perempuan lain, itu lah kelemahan kami. And of course rasa macam looser gila lah bila kene compare!

  • Please, not try to change her.
Kebanyakan lelaki selalunya  tak sedar yang kata-kata dia nampak macam nak suruh kami berubah jadi yang bukan kami. Contoh, "Awak ni comel, tapi kurus sangat lah. Berisi sikit bole kan? Baru lah hot." Fine. Barulah hot ek? Nak yang hot, pergi lah cari yang hot sane? Seksi kan?Mantap. Haih. Lelaki. Dah, nak cari yang hot, yang mantap pergilah. For, sure bukan aku. Blerghh. Pelik kan? Dah kata berkenan dengan kami. Then why choose us? Pastu nak pulak suruh kita berubah. "Awak cuba pakai cam tu" "Awak cuba jadi cam tu" "Awak cuba sweet cam tu". Nak suruh kami berubah sebab nak capai imaginasi korang. Tak adil lah. Perempuan akan rasa diri dia cantik bila pasangan dia terima diri dia seadanya tanpa mengharap dia bertukar jadi orang lain.

  • Please, be supportive.
"Eee, banyak nya jerawat?" "Tu eyebag tu besar sangat nape?" Eee. Jahat lah. Taksuka orang tegur cam tu. Macam teruk sangat je? Kalau orang yang tegur tu perfect sangat tak pe jugak. Ini kita pun terima dia. Legam ke. Serabai ke. Busuk ke. Okay je. Ish. Daripada korang condemn cam tu, better propose solution. Tegur la dengan berhemah. Contoh, "Sayang, nape jerawat naik ni? Kita try cari product nak? Sayang kulit u nanti." See. Totally different okay. Sejuk sikit dengar. Lagi-lagi bukan guna kan "U", tapi " Kita". Means both. Dah namanya pun partner, support la sikit. Bukan wat kami down. Sedih.

Banyak lagi sebenarnya, tapi ni contoh yang paling simple korang boleh buat. Jangan lah nak demand perfect partner sangat. Terimalah kami seadanya. Memang kami bukan miss universe pun, but korang pun bukan prince charming pun! Tak mintak pun puji sangat, just biarkan kami jadi diri kami sendiri dan rasa dihargai. Tu pun dah cukup. Susah ke?

Ada beza.

" You never really stop loving an individual. You just learn how to walk through the rest of your life without that person" :')

*Fuhh..Fuhh* Hembus habuk. Blog ni so bersawang. Lama tak update. Comel kan qoute kat atas tu. Hmmphh. Kita memang tak akan pernah berhenti mencintai seseorang, yang pasti kita cuma mampu belajar untuk teruskan move on life kita tanpa orang tu lagi dalam hidup ni. Tapi cinta tu sendiri pun ramai yang susah nak describe. Bagi aku, suka, sayang dan cinta tu lain. 

Secara ringkasnya, suka itu lebih kepada percakapan and kata-kata kita sendiri. Means that sume yang sweet-sweet tu menunjukan kita suka kat dia. So, kita lebih cenderung kepada bagi kata-kata sweet yang boleh mencairkan apa-apa je yang ada dalam telinga kita ni. erk. Tak kisah, ia berbentuk apa sekali pun. Pujian, ucapan, atau ape je lah yang kita suka dengar and wat kita melting. So, guys kalau ada someone yang tiba-tiba lebih-lebih dalam berkata-kata and more to terlalu nak amik hati, tu maknanya dia suka kat kita lah tu. 

Tapi, berbeza pulak dengan sayang. Ia lebih kepada perbuatan someone itu sendiri.  Perbuatan itu sendiri macam-macam dan bergantung pada individu tu sendiri utk menilai perbuatan seseorang itu bagi menunjukkan sayang nya kat tahap mana. Kalau dia sanggup or willing to put an effort semata-mata untuk wat kita tersenyum dan gembira, tak syak lagi, memang dia sayang pada kita. Tapi tak bermakna dia diam je tak bagi tau yang dia sayang atau bagi ayat-ayat manis kat kita. Dia still bagi, cuma perbuatan dia melebihi kata-kata. For sure, yang kita tau, semua orang senang cakap, tapi bila tiba part utk buat, hmmph. Malas nak cakap. Kadang-kadang orang yang terlalu suka bagi ayat manis and berjanji ni, dia sendiri lupa apa yang dia pernah cakap kat kita. Janji, memang untuk dimungkiri. So, jangan letak dalam hati sangat lah. Kadang-kadang, perbuatan kita tu dah cukup untuk menunjukkan yang kita sayang pada dia walaupun kita tak pernah cakap atau bagi tau. But, ada otak kan? Fikir lah. Mana ada orang yang sanggup buat something yang bermati-matian tanpa sebab. Selalunya, sebab sayang. Lautan api pun sanggup direnang. Apatah lagi sulam buih jadi permaidani. Gittew. Cuma kita, nampak atau tak je. 

Cinta ek. Bagi aku, aku belum lagi sampai ke tahap cinta kan orang. Ntah, sayang tu ye. Cinta tak tau lah. Sebab cinta ni bagi aku dah tahap yang teratas sekali. Dia lebih kepada erm penerimaan kita pada seseorang itu, termasuk lah kekurangan dan kelemahan dia dan still sanggup untuk bersama sampai dengan dia sampai bila-bila. Perasaan tu tak berubah atau dimakan waktu. Tak de dah orang lain. Sampaikan, kat dalam fikiran kita ni siap ada picture masa depan kita utk hidup bersama dengan dia. Senang cite, untuk membuktikan cinta, terus kepada pernikahan. Itu baru cinta. Ada hitam putihnya. Perjanjian sehidup semati sepanjang hayat. And kalau boleh sampai syurga. Tingginya harapan tu. :) Tapi tak mustahil kan? Kalau kita dah nekad untuk berkahwin dengan someone tu, dah tentu lah dia paling kita suka,sayang dan cinta. 

So, nak tau aku cinta sape, kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur dapat bertemu jodoh dan bernikah, that one lah cinta hatiku. No doubts lagi. Weee. :)