02 Disember 2011

Ada terfikir?

Dosa manusia dengan manusia

Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.

Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)

Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.

Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.

Apa yang tak selesai.

Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.

'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"

Habis.

Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.

Ada terfikir?

*ni post dari blog my bf. Zahiril Adzim. Memang minat kot kat dia. Lakonan pun ok. Menulis pun bagus. Bila baca post ni wat aku terfikir n terperasan yang selama ni berapa banyak orang aku dah kutuk dan juga mungkin tak sedar pengaruh orang lain jugak untuk mengutuk dia. Ish. Astagfillahalazim. Jom kita elakkan ok?* 
p/s: i <3 u la zahiril. :P

30 November 2011

Selalu bersyukur.:)

Alhamdulillah. Tu je aku boleh ucap kan. Sebab, Allah hantarkan orang2 yang baik untuk bantu aku. Aku bersyukur. Bila aku fikir dalam2, memang banyak aku jumpa hikmah. Setiap ape je yang jadi. Aku boleh nampak apa hubungannya dengan apa yang jadi pada aku sekarang ni. Memang terbaiklah takdir Allah. Even kadang2 memang lah ada mengeluh. Kenapa macam ni. Kenapa macam tu. Kenapa tak macam ni. Sepatutnya macam tu. Kan?
Yang dah tertulis tu memang dah yang terbaik. Bukan untuk aku je. Untuk semua jugak. :) Tak dinafikan aku dikelilingi dengan orang2 yang baik dan sedia je bantu aku. Harap2 semua tu ikhlas dan tak harap kan sebarang balasan. Sebab aku memang tak mampu nak balas semua kebaikan yang orang dah buat kat aku. Baik atau jahat semua tu pun Tuhan yang akan balas. Lambat atau cepat je lah soal nya sekarang ni. Sabar je lah. :)

*percaya pada hikmah*

Haish...



 Penat berhadapan dengan orang yang ini macam. Sick. Ape ntah yang dia tak puas ati aku pun tak tau lah. Nasib baik lah kau tu orang tua. Berpangkat pulak. Even bukan kesalahan aku pun,terpaksa aku ni pi mintak maaf kat dia. Tak pe lah. Nak buat macam mana. Kalau pas aku mintak maaf ni dia wat perangai jugak. Aku tak tau lah nak kata apa. Terpaksa lah biakan dia nak kata apa. Nak tak nak kene terima. Yang penting aku dah usaha wat ape yang dia nak n kesalahan tu bukan pada aku sorang je.  Memang dia yang akan bagi markah kerja2 aku tapi hakikatnya Allah yang akan tentukan semua tu kan?

Dia lah orang yang paling pelik aku pernah jumpa. Berpendidikan tinggi. Tapi bila bab bercakap tu macam tak pakai otak. Macam orang tak da pedoman agama. Angkuhnya la hai. Ish. Kita tengokkan je lah ye. Anggap lah dia tu penghidap mental disorder.(cam ni ke eja?) Something must goes wrong somewhere. 

*semoga kau diberi petunjuk dan hidayah ye. Tuhan tolong lembut kan hati dia.Amin.*

29 November 2011

Renungan.

Kita patut membenci dosa.

Bukan pendosa.

Pandanganlah dengan pandangan rahmat,
bagaimanakah kita kalau orang lain berhenti menghulurkan tangan?



Sungguh kita bukanlah hakim melainkan yang diberikan tanggungan.
Kita hanyalah penyeru,
maka serulah dengan belas dan kasihan.

*Satu prisip yang aku pegang dalam hidup ni. Sejahat2 manusia dia tak kan selamanya jahat. And sebaik2 manusia, belum tentu selamanya dia baik. Sape kita nak menilai orang lain.? Salah satu sebab kita masuk syurga bukan semata2 kerana amalan je. Tapi jugak sebab RAHMAT Allah swt kan? Doakan lah untuk kebaikan bersama. *

28 November 2011

Laman Muka Buku.

Welcome to facebook, the place where relationships are perfect, and the world shows off they are living a great life; where your enemies visit your profile the most, your friends and family block you; and even though you write what you are really thinking, there is always that someone who takes it the wrong way.


27 November 2011

Find a rainbow for me plis.


We all have problem, it depend on us on how we handle it.
But not all problem is a problem.

Nobody Perfect My Dear.


*bukan sempurna atau perfection yg aku harap, cumanya biarlah yang terbaik. Yang terbaik tak semestinya sempurna kan?*

I am strong enough. Oke?

Remember this.

Rasa “sakit” saat merasa tak punya siapa-siapa itu , jujur , sangat perit ditelan,
sangat sukar dilalui , bahkan sangat menyedihkan bila di ingat . Tiada telinga untuk mendengar , tiada bahu untuk bersandar. Tiada siapa untuk meluahkan rasa , bahkan tiada apa yang terluah . Namun saat itulah hati memujuk ; Wahai diri , Allah kan ada . . dan Allah itu sudah lebih dari cukup. Allah tidak mengutuskan kamu sesiapa kerana DIA cuma mahu kamu berkongsi peritmu hanya padaNYA ~

Doa.

Ya Allah . . .
 jauhkanlah hati dan ingatanku terhadapnya 
sebagaimana Engkau menjauhkan hati dan ingatannya terhadapku . . .
Amin3..:)

26 November 2011

Cantik.


Sangat2 tepat. Aku setuju gila2. 200%. :) And aku sendiri mengalami. Tak tau la perempuan2 kat lua sane pun mengalami atau tak. 
Perempuan mane yang tak suka pujian. Puji lah perempuan walaupun benda tak betul. (Tapi jgn keterlaluan sgt. Nanti nampak macam perli la pulak.) Tau kan nak pikat perempuan melalui telinga iaitu melalui kata2 manis. Tak kisah semanis kurma ke atau semanis kismis. Janji manis.:P 
Cuma yg susah nya melalui telinga jugak la perempuan jadi tawar ati n terasa ati. So jaga2 bila berkata2. Honestly, memang la ada org pernah memuji. Tapi tu tak diletakkan dalam ati pun. Sebab tak tau la ikhlas ke tak pujian tu. So setakat dengar n tersenyum je lah. 
Tapi yang pelik nya kalau kutukan. Terutama mengenai kecantikan. Itu sangat2 sensitif bagi kami si kaum perempuan. Walau pun kadangkala orang yg kutuk tu tak sedar. Atau hanya gurauan. Sampai bila2 pun kaum hawa ni akan ingat. And time tu memang rasa down. Yelah sapa yang tak rasa down bila ada yang kata kita ni itu ini. Even tegur benda yang kecik. Lagi2 pasal fizikal. Ish. Sapa yang tak sedih. 
Nape ek benda yang negatif selalu simpan kat ati. Tapi benda yg positif jarang2 simpan kt ati.? Agak nya sebab perempuan ni terlalu sensitif kot. Hati dia mcm kapas. Lembut. Kadang2 benda kecik or gurauan pun bole jadi isu. Boleh ternanges. Sampai mati pun akan ingat. Tu pun kalau dia tak nyanyok or hilang ingatan.:P
Frankly said, until now aku masih ingat apa dan siapa yang pernah wat aku down pasal benda2 nih. Mesti la sedih. Kalau ye pun buruk tak payah la komplen atau cakap kan? Kadang2 lelaki ni teruk jugak. Jujur tak bertempat. Tak tau ke effect nye terlalu dalam? Now dah tau kan? So behave ur words.!

23 November 2011

Peringatan untuk Gadis2.:P


*sokongggggggggg!!*

Im Looking For You.

Every woman deserves a man who calls her babe, kisses her with love, and hugs her so strongly that she feels he'll never let her go. A man who never let's her down, wipes her tears when she cries, doesn't make her be jealous of other women, on the contrary, makes every women feel jealous of her. A man who isn't afraid to tell everyone what he feels for her and say each day how much he loves her. Where are does types at?


*carigalicarigali.*

Jatuh. Fall.

Jatuh cinta perkara biasa, Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu KEISTIMEWAAN pada seseorang tu, Tetapi kita kena ingat . .Kita tak akan DIKAHWINKAN dengan seseorang atas sebab JATUH CINTA atau saling CINTA MENCINTAI . . Kerana kita berkahwin dengan JODOH kita, jodoh yang Allah dah tetapkan di LUH MAHFUZ . . Dan tak mustahil orang yang kita paling BENCI itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya . .Ditakdirkan jodohnya dengan INSAN lain, kita pula dengan yang lain . .Tetapi itu tidak bermakna UKHWAH antara kita dan dia TERPUTUS . . Kita dan dia sama-sama mencari REDHA Allah . .

Tapi...

Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniakan aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Karena aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirnya.. 
Andai masih ada rindu,
Kumohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMu..
Amin..:)

Now You Know.

I ignore texts. I let the phone ring. It's nothing personal, but people need to realize that sometimes
I don't want to talk.

22 November 2011

Dear women of the world..

Lets think about it.  You can not make a man love you! No matter what you feel of how much he does for you, of how successful he is, you can not force the heart unless it is true.  It is like a "magic key".  You can not "cast a spell" or pretend that he love you.  It will never happen.   You can not look your best ask for favors and expect a man to fall "head over heels"  You need to realize that Love is like a gravitational pull from a very deep place.  But you need to be "YOURSELF" and true in every way before the "pull" can happen.  Be honest with yourself and it may happen if your heart wants it too.  :D


*baru aku perasan. Statement kat atas ni bukan terhad untuk man je. Ce tukar yg man tu jadi women. :P





Untung lah Ramping!



Aku cume bole tergelak and tersengeh2 je bila tengok gambar kat atas ni. Haha. Sejauh mane kebenarannya. Aku pun tak pasti.  Mungkin..Aku kate mungkin je tau! Mungkin bukan faktor utama, tapi faktor yang keberapa ntah.  

Tapi ape jadi bila perempuan je yang jaga badan, tapi si encik suami tak pun? Hei.. ni kan tak adil! Dua2 kene jaga badan! Tak kira..tak kira.. 

Tapi perlu diingat ya, ramping dan kurus tak semestinya sihat dan gemuk n gedempol tu tak semestinya berpenyakit.  Eh ye ke? Aku rase ye.  Orang kurus pun ada penyakit jugak kan? Same je dua2. Kesihatan tu kan satu anugerah. Bia la lidi macam mane pun kita ni, bia la tong drum macam mana pun kita ni. Yang penting sihat. Kan?

Cuma aku rasa nice topic untuk dikaji lah! :p Err.. Orang2 yang da kahwin je kot bole jawab benda ni. Kalau tanye adik2 n abang2 yang belum kawin mesti jawapan dorang berbunyi begini. " Saya tak kisah,ramping atau tak. Yang penting kan hati" 

*erk,Hati la sangatttttttt.!*

Mimpi Itu Indah..


Banyak2 perkara dalam dunia ni, tido la perkara paling best bagi aku.  Hilang kejap sume stress and tension yang bersarang dalam otak ni.  Haish.. Best nye! Lagi la best bila mimpi.  Mimpi tu bole dapat time tido je kan? Tak tido tak leh la nak mimpi. Hehe.. 

Dari dulu sampai sekarang. "Dia" rajin masuk mimpi aku. Pelik. Hairan. Sampai sekarang aku masih mimpi kan dia.  Kalau tengok and baca statement kat atas tu, hmm.. Betul ke? Betul ke dia nak jumpa aku?  Atau sebaliknye? Aku ke yang nak jumpa dia?  Tapi memang kerap sangat. Aku pun tak tau la kenapa.  Apalah petunjuk yang Allah nak bagi? Atau sekadar permainan Syaitannirajim je? IDK.

Ye.  Memang la orang lain pun aku ade mimpi jugak.  Tapi tak la sekerap dia.  Ke... aku rindu dia? Hei..plis la. Tak kan lah! *dia suami org la skang ni!

Merepek kan?kan?kan?

Im Sorry tau...


Alahai sedih nyeeeee.. :(

20 November 2011

Kesian..Kesian..ish2..:P

Its not easy.

Easy is to get a place in someone's contact list.
Difficult is to get a place in someone's heart.

Easy is to judge the mistakes of others
Difficult is to recognize our own mistakes.

Easy is to talk without thinking
Difficult is to refrain the tongue.

Easy is to hurt someone who loves us.
Difficult is to heal the wound.

Easy is to forgive others
Difficult is to ask for forgiveness.

Easy is to set rules
Difficult is to follow them.

Easy is to dream every night
Difficult is to fight for a dream.

Easy is to show victory
Difficult is to assume defeat with dignity.

Easy is to admire a full moon
Difficult to see the other side.

Easy is to stumble with a stone
Difficult is to get up.

Easy is to enjoy life every day
Difficult to give its real value.

Easy is to promise something to someone
Difficult is to fulfill that promise.

Easy is to say we love
Difficult is to show it every day.

Easy is to criticize others
Difficult is to improve oneself.

Easy is to make mistakes
Difficult is to learn from them.

Easy is to weep for a lost love
Difficult is to take care of it so not to lose it.

Easy is to think about improving
Difficult is to stop thinking it and put it into action.

Easy is to think bad of others
Difficult is to give them the benefit of the doubt.

Easy is to receive
Difficult is to give.

Easy is keep the friendship with words
Difficult is to keep it with meanings.

Easy to read this
Difficult to follow.

19 November 2011

Permulaan yang matang

Blog baru? Baru pun tak la baru sangat. Saja nak ubah angin sikit. Ubah style. Nak buat yang baru. Nak cipta idea baru. Blog lama tu macam diari sgt. Bahaya n terlalu privacy. Pengolahan nya pun kurang lah. Perlu diimprovekan maybe?
Orang nak buat blog, kau pun nak buat blog? Haha. Ikutan. Dah jadi trend. Nak menulis perlukan idea. Idea bukan sedikit. Luas. Spontan dan kreatif. Suka jugak tengok n ushar blog2 orang lain. Macam2 gaya. Ada yang style nye menulis pasal diri sendiri. Ada yang pandai copy paste ape2 bahan menarik then post kat blog dorang. Ada jgk yang ringkas. Tapi nice. Less is more kot.
Bukan nak bertanding blog cantik2. Cuma yang penting pengisian dia kan? Tapi aku ni ada ke masa? Tak pe. Blog gua suke ati gua la nak tulis bila pun kan.? Bukan ada followers pun.
Step pertama nih kene try cari identiti kot. Apa nak di coret kan. Apa nak di  papar kan. Tunggu idea la dulu yeh. Anggap la entri ni testing semata2. N nanti kan kemunculannya di pawagam berhampiran. :P

*chalobete*