26 November 2011

Cantik.


Sangat2 tepat. Aku setuju gila2. 200%. :) And aku sendiri mengalami. Tak tau la perempuan2 kat lua sane pun mengalami atau tak. 
Perempuan mane yang tak suka pujian. Puji lah perempuan walaupun benda tak betul. (Tapi jgn keterlaluan sgt. Nanti nampak macam perli la pulak.) Tau kan nak pikat perempuan melalui telinga iaitu melalui kata2 manis. Tak kisah semanis kurma ke atau semanis kismis. Janji manis.:P 
Cuma yg susah nya melalui telinga jugak la perempuan jadi tawar ati n terasa ati. So jaga2 bila berkata2. Honestly, memang la ada org pernah memuji. Tapi tu tak diletakkan dalam ati pun. Sebab tak tau la ikhlas ke tak pujian tu. So setakat dengar n tersenyum je lah. 
Tapi yang pelik nya kalau kutukan. Terutama mengenai kecantikan. Itu sangat2 sensitif bagi kami si kaum perempuan. Walau pun kadangkala orang yg kutuk tu tak sedar. Atau hanya gurauan. Sampai bila2 pun kaum hawa ni akan ingat. And time tu memang rasa down. Yelah sapa yang tak rasa down bila ada yang kata kita ni itu ini. Even tegur benda yang kecik. Lagi2 pasal fizikal. Ish. Sapa yang tak sedih. 
Nape ek benda yang negatif selalu simpan kat ati. Tapi benda yg positif jarang2 simpan kt ati.? Agak nya sebab perempuan ni terlalu sensitif kot. Hati dia mcm kapas. Lembut. Kadang2 benda kecik or gurauan pun bole jadi isu. Boleh ternanges. Sampai mati pun akan ingat. Tu pun kalau dia tak nyanyok or hilang ingatan.:P
Frankly said, until now aku masih ingat apa dan siapa yang pernah wat aku down pasal benda2 nih. Mesti la sedih. Kalau ye pun buruk tak payah la komplen atau cakap kan? Kadang2 lelaki ni teruk jugak. Jujur tak bertempat. Tak tau ke effect nye terlalu dalam? Now dah tau kan? So behave ur words.!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan