Berapa kali lagi nak menghadapi benda yang sama? Penat lah. Kenapa orang lain sibuk nak persoalkan apa yang aku buat? Sedangkan aku tak pernah pun persoalkan apa je yang mereka buat. Rimas sebenarnya. Rasa macam ada je yang tak kena. Korang yang memilih nak tau pasal aku. Then bila dah tau sibuk pulak nak persoal kan. Sibuk pulak nasihat kan aku macam2. Ini hidup aku. Aku tak mintak pun korang amik tau pasal aku. Aku tak mintak pun korang persoalkan apa yang aku buat. N aku tak mintak pun korang berharap pada aku. Korang yang memilih jalan ni. Then sepatutnya jangan salah kan aku bila korang tak dapat apa yang korang harap kan. Awal2 aku dah bagitau. Jangan berharap. But, korang nak jugak. Siyes. Aku tak pernah paksa korang tunggu aku. Aku tak kisah kalau aku sorang2 pun. Tak pe. Aku boleh.
Bila setiap gerak inci aku di persoal kan. Bila setiap bait tulisan aku diperhati kan. Aku tak kisah. Tapi tu lah. Effect nya pada diri korang sendiri. Terlalu ambil tahu. Last2 korang sendiri akan pikir yang bukan2 pasal aku. Yes. Pada pandangan orang lain aku ni ramai gila la kawan lelaki. Layan sana. Layan sini. But wait, tak semestinya apa yang korang nampak tu sama dengan apa yang realiti hidup aku. Haish. Aku makin lama makin fedup dengan sume ni. Eh, teruk sangat ke aku ni? Aku makin tak faham kenapa orang lain sibuk sangat pasal hal aku ye? Aku bukan milik sapa2. And yang paling penting semua tu kawan2 aku. Salah ke kalau aku nak berkawan?
Nak buat macam mana, dah aku ni tak ramai kawan perempuan. Aku pun tak tau lah nape. Abis tu, untuk puas kan hati semua orang dalam dunia ni. yang tak suka tengok aku berkomen2 dengan mana2 lelaki, aku kene remove member2 aku sume tu ke? Aku kene delete dorang ke? Atau aku kene delete fb aku?? Then aku nak buat ape? Melanguk macam orang bodo sorang2. Aku ni dah lah tak da sapa2. Tak dapat nak buat apa2 yang mengembira kan. Bila dengan berfb tu je la aku rasa seronok dapat borak2 dengan kawan2 aku. Kongsi status2, link, gambar2. Tapi kenapa orang masih nak pertikai kan apa yang aku buat tu.
Kalau aku ni jenis yang betul2 melayan. Tak de nye ada seratus lebih lagi fren request dari sape2 ntah yang aku tak approve. Tak da nya aku gatal2 add lelaki2. Aku jarang sangat add orang. Siyes. Kalau orang nak berkawan dengan kita. Lebih2 lagi yang aku kenal or kawan kepada kawan2 rapat aku. Perlu ke aku jadi sombong? Bagi aku, aku tak wat apa2 kesalahan jenayah pun. Kenapa lah asyik jadi isu je??
Aku seboleh2nya nak jaga ati sume orang. Tak nak lah rasa aku ni jahat sangat. Tapi tetap tak mampu. Kalau nak ubah anggapan orang tu memang susah. Maybe perempuan yang berkomen2 dengan lelaki ni tahap dia cuma macam selipa jamban je kot. Hina gila. Murah gila. Beb, aku ni betul ke murah??
Aku jadi makin tak faham bila ada la beberapa orang ni sibuk pulak nak atur kan fb aku. Heh? Ko tak de fb ke nak atur kan sendiri? Pantang aku orang sibuk pasal fb aku. Cukup aku marah. Bukan aku buat dosa pun kt fb tu. Ade nampak aku post gambar aku free hair ke? Ada nampak aku post video lucah ke? Ada aku panggil sume lelaki sayang, dear, baby etc. ada??
Aku cuma buat apa yang aku rasa hepi. Salah ke? Kalau kau tak dapat terima cara aku, rasa sakit hati, rasa cemburu; ak tak teragak2 nak sila kan kau angkat kaki and stop sibuk pasal aku lagi. Aku tak nak korang sakit hati lagi. Kalau rasa aku ni tak baik, buruk perangai sebab kawan dengan lelaki, n korang tak boleh terima cara aku, sila lah cari perempuan yang lagi baik dari pada aku. Aku janji aku tak kan persoal kan. Daripada korang macam ni. Tibe2 nak jeles, tiba2 nk suruh aku berubah lagi lah buat aku marah. Ini diri aku, hidup aku, cara aku. Bia aku tentukan. Selagi aku rasa aku tak buat apa2 kesalahan jenayah yang menggugat keselamatan negara, biar kan lah aku cam ni.
FYI, aku single. Bukan hak milik sapa2 kecuali milik Allah dan keluarga aku. So, stop questioning me why i do this, why i do that. Non of your business beb.
*marah ni marah!!*
ni kalu share lam fb power ni sha...hahahah
BalasPadam