07 Mei 2012

Tahu tak?

Tahu tak? Ada seseorang yang sering memerhatikanmu, membuka page fb kamu yang pertama bila online, check twitter tanpa mention. sering buka gambar kamu tanpa sebarang komen. dia akan terasa bila kamu menceritakan mengenai orang yang kamu suka di wall dan bersedih dalam diam.

Dia juga akan berusaha buat kamu ketawa bila kamu sedih dan stress, walaupun dia tahu kamu tidak akan mencintainya.Baginya, asalkan kamu ketawa cukup buat dirinya gembira.

Namun, dia juga manusia biasa,punya perasaan dan naluri. Dia akan meninggalkan kamu kerana sudah letih terhadap kamu yang langsung tak pedulikannya walau sekali. Dan saat itu tiada guna lagi buat kamu. Hatinya tidak lagi buat kamu.

Hargailah sementara kegembiraan masih ada untukmu.

Anda pernah berada dalam situasi ini?  Sedih kan? Tapi bagi aku ni satu petanda yg cinta dia benar2 ikhlas. Memerhati dari jauh. Merindu dan mengenang dalam doa. Bukan ke sweet cam tu. Tak perlu harap kan balasan. Memang akan sakit hati bila tgk orang yg kita nakkk sangat jd milik kita, gembira dan bahagia dgn orang lain. Tapi, bukan ke cinta tu tak semestinya memiliki? 

Bila difikir2kan balik dalam hal ni tak da sape yang salah. Bukan salah sidia yang meminati dari jauh, dan bukan salah sidia yang tak sedar yang ada someone amat mengharap kan dia. Cinta tak boleh dipaksa. Typical words yang selalu digunakan. Tapi memang ada kebenaran nya. 

Kalau memang tak boleh terima, jangan terima. Ti orang kata kita memain kan perasaan org lain. Tapi jangan tamak. Dah tau kita tak mampu nak terima, tapi still tak nak lepas kan dia. Still harap dia masih menunggu kita. Still tak boleh terima n ada rasa cemburu bila tgk dia dah boleh move on tanpa kita. 

Aku sendiri akui. Bila mana someone yang pernah mengingin kan kita, macam2 cara dia buat,tapi kita still tak bole terima dia. Then sampai lah satu tahap, dia dah give up. Dia stop. And move on dengan cara dia. Tak kisah lah dgn cara meremove kita dari fb or block kita dari fb, buang number fon kita or ape2 cara lah. Itu cara dia untuk stop dari mengharap kat kita. Kita kene faham n hormat cara orang. Aku pernah menghadapi benda cam tu. 2 situasi yang berbeza. Aku meremove dan diremove. So aku faham dua2 keadaan tu. Aku tak salahkan orang lain yang buat aku cam tu. Bagi aku, tu cara dorang nak move on. Jangan dihalang kalau kita sendri memang tak mampu nak membalas cinta dorang. 

Cuma tulah, manusia. Bila dia rasa dia ada kuasa untuk menyentuh n menggegar hati orang, dia akan cuba lah wat benda tu. Selalu nya time dia dah perasan yang someone tu dah stop hegeh kat dia. Mula lah dia hegeh kat orang tu balik. Sebab dia tahu, dengan sekali hai je, orang tu akan tak jadi nak move one. Tapi dalam masa yang sama, dia tetap tak terima orang tu. Nampak kejam kan? So jangan lah kita semua tergolong dalam golongan yang macam tu. Kesian lah kat orang tu. Cuba tempat kan diri kita di tempat dia. Mesti kita pun sedih jugak kan. Lu pikir lah sendiriiii~




1 ulasan: