Hai. Ade orang tu sibuk suh aku update. Ni aku dah update. Nampak benau sayang kat aku kan kan kan? Hah, senyum sorang la tu!
Ok. Hari cuti tak banyak aktiviti. Just stay kat rumah layan panggung sabtu. Hari untuk menangis. Hindustan tak pernah gagal wat aku sedey pedeyh. :'(
Ade satu hari tu, aku selongkar beg karung guni aku yang maha besar tu. Khazanah aku dari time diploma sampai la degree aku keluarkan dari perut beg. Last-last aku terjumpa satu buku yang aku cam familiar sangat je. Berhabuk. Tapi still suci dalam debu oke. Its my diary! Kurun keberapa ntah. Dalam taun 2008 kot. Time tu zaman kegelapan. Baru clash katenye. Sume luahan memang tahap DJ Lin lah. Kalah Suria Cinta.
Sambil golek atas katil aku baca la diary tu. Sekejap sengeh-sengeh, kejap terbahak-bahak aku gelak. Serupa baca Ujang. Kelakar sangat lah. Bila bandingkan aku dulu dan aku sekarang. Aku tanya diri aku sendiri, bodohnya la kau ni dulu. Sekarang pun still bodoh jgk. Tapi dulu lg kritikal bodohnya. Hadoi. Boleh dikatakan semua orang yang aku sebut dalam tu semua dah berubah. Gila tak berubah? 6 tahun kot.
Kebanyakannya dah tak de dah. Bukan meninggal. Tapi watak dorang dalam hidup aku dah abis. :) So, no point la dorang masih nak stay. Yang tinggal cuma aku dan watak-watak baru dalam hidup. Yang pasti semuanya hanya persinggahan sementara je. Dorang pun bakal pergi tinggal kan aku. Sentiasa sedia. :)
Masa aku baca diary tu, baru aku nampak susahnya lah aku nak masuk U dulu. Terpaksa wat rayuan, terpaksa join form 6, ic hilang be4 tiba hari daftar (tanpa pengetahuan mak pulak tu!), mak tak tegur n marah-marah sebab tak kasi aku sambung study kat terengganu, mcm2 lah. Tak sangka, aku dah lalui dah semua tu. Syabas kepada diri sendiri. Aku hebat. *tepuk bahu sendiri*
Bila dah masuk u pulak nak sesuai kan diri dengan kawan-kawan. Macam-macam hal. Baru clash dan tak biasa sendiri. Time tu pandang semua pun akan terfikir, ntah-ntah dia kot orang nya. Kenal -> berkawan-> rapat->tak serasi bersama-> menjauh-> tak kawan dah. Pastu ulang balik proses kenal sampai tak kwn dah. Penat. Sape kata tak penat?
Ada jugak rasa sedih. People change kan? Perangai pun mesti berubah. Kenangan yang di tinggalkan tu je yang tak kan berubah. Sebenarnya bagus jgk ade diary ni. Bila kita baca siapa kita dulu pada masa depan, kita akan nampak ape sebenarnya yang Allah atur kan untuk kita. Kadang-kadang kita nakkkk sangat something tu or someone tu tp Allah tak kasi kat kita. Time tu kita rasa nape la nasib kita malang, mintak ape semua tak pernah dapat. Tapi sebenarnya. Pandang sekeliling, kat mana kita sekarang dan apa yang kita ada sekarang. Kita punyai something yang kita tak jangka akan dapat. Lebih baik dari apa yang kita mintak dulu. Betul. Apa yang Allah bg tu semuanya memang yang terbaik untuk kita. Percayalah. Kalau kita tak dapat hari ni,mungkin esok.lusa,tulat,err..pas tulat ape ek. Ape-ape je lah. Sabar dan keep on mintak yang terbaik walaupun kita ni bukan hambaNya yang terbaik. Tapi Allah tetap selalu baik dengan kita. Betul. Tak tipu!
Trimassssss :-)
BalasPadam