Entry kali ni memang special khas gila la untuk Mr. T. Siap request suruh wat entry. This is for you ok. :) Aku tak tau nak start dari mana sebenarnya. Kisah ni memang lama dah berlalu. Time aku dip dulu. Dip sem 2 kalau tak silap. Dan aku pun tak sure ni crush aku yang keberapa. Hahaha. *Mata keranjang bak kata umie*
Aku story setakat mana yang aku ingat je la ek. Pagi tu aku sampai K.T awal. Biasa la, budak2 lagi. Skema. Cuti pun datang awal jugak. Sampai je depan kolej rasa sebelum subuh kot. Duk tunggu kat tempat pak guard. Sebab bilik pun tak tau lagi kat mana. Sementara tunggu dapat kebenaran naik bilik tu lepak2 la tengok budak2 junior siap2. Minggu orentasi katanya. Mengantuk gila la time tu. Terewind balik la time aku orentasi dulu. Tengah duk layan feeling tu lintas la sorang abg fasi ni. Walau pun time tu tak la terang sangat tapi aku rasa aku tak penah lagi tengok dia. Time sem lepas time aku kene orentasi pun abg fasi ni tak de. Aku tengok dia. Cam terpaku jugak la. Hehe. Kalau ada music background time tu best jugak ni. Lame aku perhatikan dia dari dia datang sampai dia blah. So benda tu abis cam tu je lah.
Sejak dari ari tu, kerap la terselisih dengan dia. Bukan dirancang oke. Bila da ari2 cam tu rasa cam excited la nak g kampus. Satu persatu info pasal dia aku dapat. Kadang2 bukan aku cari. Benda tu datang sendiri. Time tu hangat tengah Myspace kan. Terjumpa la profile dia. Kawan la kat situ. Aku tak sure sape yang mulakan dulu. Rasa nya aku kot. hahaahaha. Gedik nya. Biasa lah budak baru nak up. :P Kat situ aku pegi copy gambar dia sume. Memang penuh lah laptop aku ni ha. Kadang2 terserempak kat library. Memang aku tak baca buku lah bila tengok dia ada. Hihihi. . Bila ada majlis apa2 dia la yang aku cari dulu. Lagi kalau nampak dia pakai baju melayu. Mata ni macam tanak kelip rasa. Geng2 aku memang tak le nak kata apa lah. Aku fanatik gila time tu. Lagi pun dorang pun ada crush masing2. So sendiri jaga la kan. Habit kita orang ni pulak nak bagi orang lain tak perasan, kita orang suka bagi nama samaran untuk crush masing2. Aku bagi kat crush aku tu Syawal. Heeeeeee.
Lame2 tu pulak ntah macam mana kita orang bole sembang kat YM. Rasa time tu time cuti. Punya la hepi ati ni dapat borak2. Lagi pun time tu dia keje kt cc kt kampung dia. 24jam la muka dia je on9. Dari situ la aku kenal dia lebih rapat lagi lah. Macam2 la kitaorang kongsikan. Dia pun kenal angah. So kalau aku tak on9, dia borak ngan angah lah. Aku suke cita pasal dia kat angah n adik aku. Normal lah. Bila dia bagi no fon dia lagi la rasa nak melompat lebih tinggi rasanya. Tapi aku tak rasa dia excited pun. Bukan selalu contact pun. Kadang2 aku sampai buntu bila nak cari point ape yang bole wat aku send msg kat dia. Haha. Tanak la nampak sangat. Kene cover macho sikit oke. Pffttt!
Yang aku ingat ada satu ari tu time kat kampus. Aku tak tau ape aku buat kat kafe sorang2. Then ntah dari langit mana dia muncul pulak. First time la dia duk semeja ngan aku. Rasa time tu sedut air pun macam sedut angin je. Aku tak rasa apa. Malu jugak la orang ramai yang tengok. Pandang pelik pun ada. Eh kesah pulak aku?! Borak2 sikit. Aku tak tau nak cover muka aku cam mana time tu. Jantung ni tak ya cakap lah. Dah bersimfoni siap okestra lagi lah. Tak sampai bilik aku, terus aku serang bilik geng aku. Menjerit la dorang gila2 bila dapat tau. Haha. *Imissthatmoment*
Tapi yang aku perasan, mamat ni makin lama makin ramai peminat. Eee. Time aku minat la sume orang nak minat. Bila aku tengok mane2 pempuan duk mesra2 ngan dia, rasa cam nak g baling meja kat muka pempuan tu. Grrr. Tapi setakat yang aku tau, mamat ni tak penah couple tapi dia ada rapat dengan sorang akak ni. Melalui dari cerita dia, dia kata pempuan tu suka kat dia even ada lagi mamat lain tergila2 kan pempuan tu. Bila dia suruh pilih je mamat tu, pempuan tu ikut je la walau pun tak rela katanya dan pempuan tu terus mengharap kat en syawal aku ni ha.
Pastu lama2 aku pun dah slow. Tapi still amik tau pasal dia jugak. Aku kawan dengan sorang kawan dia ni. Abg senior la. Ada satu ari tu laptop aku wat hal dan terpaksa diformat. Mujur la member dia ni pandai format laptop. Kita orang btukar laptop. Sementara aku tunggu laptop aku siap dibaik pulih. Aku selongkar la laptop budak ni. Sekali tengok banyak gila gambar en Syawal ni. Berfolder2. Haha. Peluang2. Aku copy sume. Gila tamak. :P
Gambar2 dia yang aku ada, aku edit. Dah jadi hobi dah. Kadang2 time sembang kat ym aku send gambar tu. Paling terharu bila dia wat DP. Seronok nya. Ntah macam mana, laptop aku rosak lagi and sekali lagi la kene format. :( Budak tu la tolong format kan. Lepas da ok, aku tak tau nape budak tu macam emo je dengan aku. Tegur tak. Contact tak. Aku pelik la. Pastu rupe2nye dia tacing sebab aku g copy gmbr syawal nih haa dari laptop dia. Rupa2nya budak ni jeles. Dia suka kat aku rupenye. Adui. Tak tau la pulak. Aku tak penah pun terima dia walau pun da banyak gosip2 liar timbul dah pasal kita orang. En Syawal pun da makin jauh dengan aku. Agaknya dia tau kot aku rapat ngan member dia ni. Huhuh. Lagi pun dia makin ari makin glemer. Mane dah nak borak2 cam dulu ngan aku. And abis cam tu je. Sampai la abis sem 3 dan aku pun amik fast track. Masing2 wat hal masing2.
Myspace aku pun da kene delete time tu. Fb pun aku da delete. So memang lost contact la dengan sume nye. Start deg, start new life kat Dungun. Aku start balik wat fb baru. Start balik bersocial network ni. Tengok2 dapat tau time aku sem 3 kot, dia pun sambung deg kat dungun jugak. Bersama gf merangkap kawan baik dia dulu yang dia tanak tu. Kadang2 nampak gak la dorang. Untunglaaa..
Ntah macam mana time tu aku kat umah. Aku perhatikan status2 dia cam lain je. Sedih2. Pelik gak. Tiba2 dia inbox aku. Dia cita makwe dia curang. Siap tunjukkan lagi fb kedua gf dia beserta password minah tu. Bape taun gak dia kne tipu. Kesian3. Aku da agak da pempuan tu memang something wrong somewhere je aku tgk. Betul la ape aku sangka. Tapi abis camtu je lah. Tak meleret lebih2 pn oke. :) Perasaan yang aku penah rasa sume dah berlalu. Skang ni cuma mampu doakan yang terbaik je untuk dia tak kisah lah dengan sapa pun. Siyes. Bila crush kita pilih orang lain, kita tak kan rasa sedih bila tengok dia berada di jagaan orang yang tepat. Bila dia pilih pempuan yang baik2 dan ikhlas sayang kan dia, kita mesti akan rasa bahagia je tengok. Tak kan ada perasaan meluat atau menyampah walaupun kita tak dapat dia. Siyes aku cakap.
So, kepada Mr. T.A. arap anda puas ati la ye dengan cita ni. Hee. Perasaan yang kita dah tinggalkan, takkan sama bila dah tinggalkan terlalu lama sebab macam2 dah merubahnya. Kadang2 takdir kita dengan seseorang tu lebih baik jika setakat tahap kawan je, tak lebih2. Kalau lebih2 mana tau tak bahagia or serasi kan? Semua dah ditakdirkan. Mungkin hari ni kita persoalkan kenapa macam tu kenapa macam ni, one fine day, kita akan faham sumenya. Tunggu je lah. :)
Ayt pleng bez,ble crush kte pleh yg len tp brade lam jagaan yg tpat tu pleng stju skali..anyway bru 1.0,mane 2.0 plak,huhu
BalasPadam